Welcome to my world !
RAHSIA TARIKH LAHIR
Thursday, 17 November 2011 | 09:07 | 0 sweetie(s)
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu
dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan
tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam
usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka
akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang
anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4,
6,
8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda
suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi
and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang
sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang
datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan
anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan
keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan
ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda
akan
dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu
berkerja
keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang
lebih
tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap
seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan
dan
keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan
dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi
masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang
sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan
anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu
menjauhi
daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal
anda
adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang
humor
di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga
anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
Anda
bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan
dan
kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap
mata.
Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah
no.1
, 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik
hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras
rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada
anda.
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada
pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil
saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang
yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap
iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang
yang
bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu
benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini
telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda
seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah
seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga
mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda
anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati
mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang
lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


Older Post -> | <- Newer Post